Ziarah rumah kecil kita..

Kepada sahabat yang berani mengharungi jem raya di Kelantan.-jemput untuk ziarah rumah-rumah kecil kita.

Yang paling mudah adalah:

1) Rumah contoh di masjid kubang Kerian

2) Rumah di seberang simpang manik urai. (park di tempat selamat di tepi jalan- lohat di seberang kepala simpang-rumahnya jauh ke bawah di tepi jalan) boleh hubungi sukarelawan kita pak ya- (no beri pun bukan dapat jika di manik urai-turun saja parking dan tanya di situ)

3) Di krai- dekat sekolah Cina di stesen keretapi. Yang ini saya tak pasti sudah siap atau belum -whats apps saya utk sukarelawan krai. (0124221900)

Lepas lawat-tajalah satu dua unit ya! Dan jemput menjadi penjejak dana-kempen sahabat-sahabat lagi sepuluh dua puluh unit he he. Ia sangat murah dan berbaloi Rm3k sahaja.

Saya ulangi-konsep kita transit tapi tahan lama. Rumah ini akan di sambungkan ke rumah baru nanti seandainya penerima dapat. Ramai yang memang tak layak dapat dan yang dapat juga tidak tahu bila kerana tiada notis atau kupon bagi sesiapa bahawa mereka akan dapat apa apa.