Sejarah Penubuhan

Yayasan Nusrah ialah sebuah organisasi pertubuhan sosial yang telah ditubuhkan pada tahun 2009 dan beroperasi sepenuhnya pada tahun 2010.  Yayasan ini mempunyai tiga orang ahli lembaga pemegang amanah yang dipengerusikan oleh Tn Hj Ahmad Ziyad Elias dan dtadbir oleh Dr Nadiyah Elias.  Yayasan Nusrah mempunyai beberapa peranan iaitu menjadi agen kepada usahawan kecil yang terdiri daripada golongan ibu tunggal dan golongan miskin.  Yayasan mendidik dan membantu golongan ini dalam meningkatkan sosioekonomi dan membawa mereka keluar dari kemiskinan berdasarkan keupayaan dan kemahiran golongan terbabit.  Yayasan Nusrah akan melibatkan golongan ini dalam aktiviti dan program yang dijalankan.

Selain itu, Yayasan Nusrah juga turut menjalankan kerja-kerja kemasyarakatan di mana, yayasan ingin membawa golongan ini menyertai setiap program yang dibuat oleh yayasan.  Program-program yang dibuat juga dapat mendidik sukarelawan dan mendekatkan golongan muda kepada masyarakat.
Yayasan Nusrah turut bekerjasama menjalankan program dan aktiviti dengan orang perorangan, badan-badan koporat serta badan bukan kerajaan yang berminat kepada projek-projek kebajikan dan keusahawan.  Pihak yayasan berbesar hati menerima apa-apa sumbangan dan derma dari masyarakat yang ikhlas memberi sumbangan sama ada kepada yayasan atau mereka yang amat memerlukan bantuan.