Projek dangau @ sahabat nusrah sahabat kelantan@rumah rakyat @???

January 14, 2015 at 1:28am –

Sahabat yang sudah mengenali saya: ini perbincangan tidak formal sebelum kita keluarkan kempen yang formal.

Setelah saya di Kelantan 9 hari, melihat perubahan, sukarelawan, penduduk yang kebanjiran- perubahan keperluan dari makanan dan air bersih, kepada bilis dan kurma, kepada lilin dan tuala, kepada dapur gas- maka tinggal satu keperluan yang seperti tidak berani ditangani oleh sesiapa pun kerana skalanya terlalu besar dan kosnya terlalu mahal- perumahan.

Sementara penduduk akan menerima bantuan kerajaan, atau NGO yang lebih besar dan kukuh, atau sendiri bangun perlahan lahan membina kembali kehidupan normal ( yan kaya sudah pun mengecat rumah dan membeli prabot baru- yang miskin yang akan ambil masa betahun untuk kembali normal)

saya dan sahbat yang bersama- cuba memikirkan solusi sementara yang agak mid term, iaitu bagaimana mahu hidup hampir normal dengan bantuan kos minima ( supaya apa apa sumber yang kita kumpul akan dapt tersebar ke ramai orang), juga solusi yang mudah diitiruvasi oleh pihak pihak NGO kecil yang lain supaya ia akan tumbuh bagai cendawan seperti ramainya rakyat yang mendapat beras, biskut.

Mula-mula tak ada makanan- seleeas itu makan overflow, kemudian tak ada dapur gas- sekarang dapur gas overflow. semoga dengan kita mulakan projek perumahan tersangat kecil yang murah ini akan mencetus  tindakan yang sama dari puihak lain dan semoga overflow pulak banutan perumahan selepas ini.

Saya cerita dulu lepas itu saya mohon feedback sahabat.

Ini keperluan yang elok kita lakukan

1) projek dangau: bagi penduduk yang tidur di atas tanah- kita ambil kayu dari rumah lama, upah tukang buatkan dangau@ pondok wakaf@pangkin berbumbung, di saluat dengan kanvas atau dinding lama- zink lama- ini lebih selesa di iklim kita yang tanah basah dan banyak ular dan lipan- bebanding dengan khemah.  kos dari rm100 upah tukang, ke rm300 sahaja. murah murah! dan meningkatkan ketara kualiti hidup

2)  Baikpulih kecil: bagi pembaikan di bawah rm 1k- kita baiki sebahagian dari rumah supaya penghuni ada satu ruang yang: berbumbung, berdindin, dan berpintu yang boleh dikunci- tak kisah samaada ruang itu dapur, bilik tidur atau ruang tamu. bahagian lain di tutup sahaja  dan penghuni mmpunyai rumah selamat yang agak kecil. Jika penghuni tinggal di rumah sewa murah dan tidak mampu pindah ke rumah sewa lain, dan tuam rumah tidak baiki, kita boleh gunakan projek yang sama dengan persetujuan tuan rumha untuk waiver ( tidak ambil ) sewa sebanyak jumlah pembaikan yang dianggarkan, atau sewan separuh sehingga selelsai jumlah yang dianggarkan. ( buat surat layer sikit)

3) rumah rakyat: 10 x 12 rumah bersimen, berdinding plywood cement ( kalis air dan tidak panas, tahan lama) berbumbung zink, tiada wiring atau tandas atau ruang masak- ala ala kabin trailer- tetapi lebih sejuk dan lebih murah. inilah projek majoriti mengikut perancangan kita. bagi penghuni total loss, yang ada tanah sendiri. Jika perlu tandas- budget asing dan tandas hanya dibuat secar komunal ( kongsi) di tanah tuan yang mengizinkan.

Projek ini dijangka mula dan selesai dalam tempoh 1- 4 bulan. tidak ada sasaran maksima, sasaran minima 10 unit. Manalah tahu – jika Allah menghendaki kita mencecah 100 unit, dan jika tinakan kita berjangkit sehingga semua NGO juga mahu sumbang rumah tersangat kecil ini atalu lebih baik dari itu?

Apa input yang saya perlukan:

1) nama pendek dan menarik perhatian dan disukai bagi projek ini

2)kriteria pemilihan golongan dhaif

3) cadangan sahabat berjiwa rakyat yang sahabat kenal bagi team berikut:

jong rumah: mesti tempatan kelantan yang kenal rakyat dan boleh berulang alik ke site dan pantau pembinaan rumah. sukarelawan tiada upah, minyak kereta dll tanggung sendiri. kita beri budget bahan rumah dan upah tukang dan pembantu sahaja. jong tak ada elaun hee hee

team design. kita mula dengan design asas, tapi kalau sesiapa boleh beri cadangn untuk lebih murah lagi, atau lebih selesa, lebih tahan – dengan kos yang sama- kita kan improve dan ekslperimen untuk model seterusnya. siapa nak dapt nama untuk research dll silakan, kami boleh jalankannya – dengan syarat memang kos murah tu sajalaha- tak ada budget lain.

team – fund manager- individu atau kumpulan yang mahu menderma, mahu kempen cari derma, ini termasuk menguruskan maklumbalas dan gambar calon penerima, keadaan rumah ang musnah, gambar lprogres, berita berita sentimental dll.  Kaeda fund raising kita adalah friend to friend, personal. setiap yang menderma akan tahu ke rumah mana yang mereka menderma dan akan ikuti progres pembinaan rumah dll- melaui fund manager mereka.

jika nama nama tema ni kurang sesuai- mohon cadangkan nama yang lebih sesuai

Bagi yang sudah mahu involved- sudah boleh himpun wang, kempen rakan, angkat tangan untuk jadi sukarlawan aman aman team ini. cadangkan sahabat dan kenalan anda untuk bersama kempen ini.

mana mana yang minat untuk buat saja sendiri projek ini ( dari pilih calon sehingga cari wang sehingga jong kan rumah sendiri) juga kita alu alukan. mohon join juga dalam reporting kita lawan tag tag dan like like dan shae share untuk memviralkan idea ini. Kami sedia memberi design, harga, pembekal yang boleh dihubungi dll. cuma Yayasan Nusrah tidak akan bertanggungjawab  ke atas projek yang wangnya tidak melalui akaun yayasan. Ini tak jadi masalah saya rasa – sebab kempennya adalah friends to friends. maka boleh saja sahabat yang mahu buat projek sendiri guna sistem kutip cash, dll.

Insyallah  rumah pertama kita sasar nak mulakan minggu depan, leaps tu akan ada gambar live model rumah rakyat@teratak hikmah@ rumah sangat kecil

Mohon maklumbalas- dan siapa yang sudah mahu jump in action- ahlan wa sahlan.