Aktiviti Terkini

Program Cuti Sekolah : Penjagaan Harian AL-IRSYAD

Posted by:

12243455_1041653812531635_4488708237904077342_nProgram Cuti Sekolah iaitu Penjagaan Harian Al-Irsyad yang pertama kali dianjurkan oleh Yayasan Nusrah (YN) pada tahun ini. Program ini diadakan selama 5 minggu bermula 22/11/15 sehingga 24/12/15 pada setiap ahad hingga khamis (bermula jam 7.30 pagi hingga 6.00 ptg) sahaja khusus pada kanak-kanak berumur 6 tahun sehingga 12 tahun. Program ini diadakan secara tak langsung dan dengan keizinan Allah SWT diadakan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak pada musim cuti sekolah dengan pengisian yang mendekatkan anak-anak dengan mengenal Allah SWT lebih dekat dan membimbing mereka untuk solat dengan betul dan memahami setiap bacaan solat.

Antara program yang disediakan antaranya:
a) pembetulan dan pemahaman bacaan solat dan surah-surah lazim dalam solat
b) zikir ringkas dan doa asas
c) kaedah hafazan efektif
d) asas fardhu ain (teori & praktikal)
e) aktiviti riadah, game dan kemahiran
f) Bahasa Arab Perkata
g) Pendekatan Asmaul Husna

Alhamdulillah sudah masuk dua minggu program ini berlangsung. Sesiapa yang berminat untuk hantar, kami masih membuka ruang untuk anak-anak anda. Bayaran boleh dibincangkan dengan pihak kami . Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Cik Syuhadah – 011-27578176.

Post by admin =)

0

About the Author:

  Related Posts
  • No related posts found.
Page 1 of 11