Objektif & Matlamat

Membantu insan membantu diri sendiri
Membantu insan membantu orang lain
Sesama membantu dalam kehidupan di dunia untuk kehidupan akhirat

MATLAMAT YAYASAN NUSRAH

Matlamat utama Yayasan Nusrah adalah ke arah membantu sebahagian dari masyarakat Islam menjalani kehidupan di dunia secara berkesan di dalam rangka mencapai kejayaan di akhirat. Ini di lakukan untuk meningkatkan keteguhan diri melalui program peningkatan dari aspek aqidah ( kerohanian ), identiti diri (Psikologi dan motivasi diri), dan ekonomi.

Yayasan Nusrah berusaha mencapai matlamat ini melalui program bantuan jangkapendek keperluan hidup, program pendidikan dan latihan yang merangkumi kerohanian, psikologi dan motivasi diri, serta latihan pekerjaan dan perniagaan. Di samping itu juga, yayasan akan membiayai program mandiri ekonomi ( financial self-sufficiency ) dengan membantu memberi latihan dan mendapatkan pekerjaan atau memulakan projek perniagaan inkubasi ( incubation project ).

OBJEKTIF YAYASAN NUSRAH

  • Membantu individu meningkatkan tahap kemantapan aqidah, identiti diri serta ekonomi

Yayasan Nusrah menjadi platform bagi individu ini untuk menceburkan diri dalam kerja-kerja amal. Sebagai ahli bersekutu atau tenaga sukarela mereka boleh merancang dan menjalankan aktiviti-aktiviti yang sesuai.

  • Mempertingkatkan kekuatan ekonomi sendiri bagi golongan individu dan institusi yang menyumbang kepada masyarakat

Ini adalah melalui program sokongan kepada individu dan institusi yang telah sedia menjalankan aktiviti-aktiviti tersebut. Yayasan Nusrah menjadi pembiaya atau mewujudkan program usaha sama.

  • Menjadi jambatan kepada golongan individu atau institusi yang berminat untuk menyalurkan dana atau tenaga kepada kerja-kerja amal yang bermanafaat

Melalui kempen kutipan dana secara umum dan juga kempen kutipan dana khas bagi projek-projek tertentu. Antara projek dana khas adalah program dimana individu yang menyumbang kepada dana, membiayai individu-individu atau institusi tertentu mencapai sasaran kewangan mereka.Membina hubungan strategik dengan individu atau institusi terlibat bagi mencapai objektif-objektif di atas.

KUMPULAN SASARAN

a) Individu yang memerlukan peningkatan aqidah serta matlamat hidup, juga yanag memerlukan peningkatan kemahiran hidup.Contoh :

  1. Awal dewasa yang masih tidak mempunyai pekerjaan atau sumber pendapatan.
  2. Individu lepasan Pusat Serenti atau penjara
  3. Ketua keluarga berpendapatan rendah
  4. Ibu tunggal serta
  5. Dewasa yang masih menganggur

b) Individu yang mantap aqidah dan wawasan kehidupan dunia dan akhirat, yang hanya memerlukan bantuan dari aspek peningkatan pemantapan ekonomi.Mereka ini memang telah sedia memberi sumbangan kepada masyarakat Islam. Dengan membantu kumpulan ini mereka akan meningkatkan lagi kapasiti untuk memberi sumbangan kepada masyarakat dengan lebih berkesan lagi.

Contoh :

  1. Awal dewasa lepasan pengajian pondok tradisional, maahad tahfiz
  2. Graduan Pengajian Islam yang belum mempunyai sumber pendapatan yang mantap
  3. pendakwah bebas
  4. Pekerja di institusi pendidikan dan kebajikan Islam.

c) Institusi kebajikan atau institusi pengajian Islam yang telah sedia berfungsi di dalam masyarakat. Kebanyakan dari insitusi ini akan boleh berfungsi dengan lebih berkesan lagi sekiranya mereka boleh meningkatkan kemantapan ekonomi dan sumber pendapatan mereka. d) Golongan aktivis dan pembiaya. Terdapat golongan individu dan institusi yang berminat dan bersedia untuk menyumbang kepada masyarakat, tetapi tidak mahir untuk menyalurkannya dengan cara yang terbaik.Dengan program berstruktur serta latihan, sumber dari golongan ini boleh di salurkan secara optima. Golongan ini juga berpeluang meningkatkan diri dari segi sahsiah, pengalaman, juga peluang menabung untuk saham akhirat. Golongan ini adalah institusi perniagaan, individu golongan korporat, profesional dan orang awam.

LEMBAGA PEMEGANG AMANAH

  1. Tuan Hj Ahmad Ziyad Elias (Orogenic Group of Companies)
  2. Dr Nadiyah Elias (UUM)
  3. Prof. Dr Mahmood Nazar Mohamed (Cyberjaya University Collage of Medical Sciences) 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi

Dr Nadiyah Elias h/p : 0124221900

Cik Syuhadah Zolkifli h/p: 0195183244
No.36, Tmn Vistana Indah, Jln Langgar, 05460 Langgar, Kedah