Aktiviti Terkini

KHIDMAT KAUNSELING IRYSAD UNTUK ANDA^^

Posted by:

iklan khidmat kaunseling irsyadYayasan Nusrah sekarang menyediakan khidmat kaunseling irsyad (Kaunseling dengan nilai Islam) secara telefon atau bersemuka bagi mereka yang sanggup ke lokasi kaunselor.

Kaunselor yang terlibat adalah:
1) Dr Nadiyah Elias (0124221900) Alor Setar/ Jitra/ UUM.
2) Adilah Mohd Zain (0173531900) – Changlun/ UUM
3) Nur Hikmah Mubarak Ali – (0127061900) Sungai Petani
4) Mazita Ahmad – (0173741900) Putrajaya.

Kesemua kaunselor mempunyai masters di bidang kaunseling, mempunyai lesen kaunseling dari lembaga kaunselor Malaysia, sukarelawan, arif dalam ilmu agama sekadar keperluan kaunseling Islam.
Bayaran tidak ditetapkan. Boleh percuma kepada yang kesempitan wang, bayar pada kadar sendiri – serah kepada kaunselor tersebut, atau bank in pada akaun yayasan. Public Bank yayasan Nusrah 3992803712.
Talian ini BUKAN hotline- terbuka 24 jam. Ia warmline- atau talian mesra, iaitu Kaunselor yang akan membuat panggilan telefon dan Yayasan Nusrah yang membayar harga panggilan telefon. Prosedur ini juga adalah untuk memastikan sesi berjalan pada masa kedua-dua pihak kaunselor dan klien bersedia untuk kaunseling.
Bakal klien boleh whatsapps atau mesej ke no tersebut. Kaunselor akan menghubungi klien semula. Kami bekalkan talian unlimited calls kepada kaunselor untuk keselesaan klien dan kaunselor.

Prosedur:
1. Hubungi kaunselor melalui whatsapps.
2. Kaunselor akan menghantarkan penerangan mengenai kaunseling dan memberi pilihan temujanji waktu sesi mengikut hari/waktu dan tarikh (dan tempat pertemuan andai mahukan sesi bersemuka).
3. Bagi sesi kaunseling irsyad melalui telefon, kaunselor akan menelefon klien, dan bukan sebaliknya.

PERINGATAN: Kaunselor tidak menjawab panggilan telefon klien. Sesi pertama akan dimulakan dengan kaunselor mendapatkan maklumat-maklumat peribadi yang relevan dahulu. Mohon sebarkan kepada sahabat yang memerlukan.

0

About the Author:

  Related Posts
  • No related posts found.
Page 1 of 11