KELAS KAFA DAPUR BERSIH

kelas kafa dapur bersih

Kelas Kafa yang diadakan di Restoran Dapur Bersih, Jitra adalah merupakan program dakwah sukarelawan khas untuk pekerja-pekerja Restoran Dapur Bersih yang dikelolakan oleh sukarelawan-sukarelawan Yayasan Nusrah terdiri daripada 4 orang tenaga pengajar. Alhamdulillah, hampir dua tahun Kelas Kafa berjaya dapat dijalankan sehingga sekarang dengan izin Allah swt. Kelas ini diadakan pada hari ahad dan isnin (kelas fardhu ain) dan selasa (kelas al-Quran) bermula pada jam 4.00-5.00 petang (selama satu jam) dan kelas Quran pada 8.30-9.30 malam.

Kelas Kafa ini diadakan adalah untuk memperkukuhkan lagi¬†pengetahuan agama Islam, memastikan al-Quran dapat dibaca dengan baik/betul serta dapat mengamalkan perkara-perkara asas yang menjadi fardhu kepada orang Islam. Program ini diwujudkan rentetan dari kesibukan pekerja-pekerja restoran yang tiada kesempatan untuk mendalami ilmu agama. Oleh itu, pemilik restoran berkenaan iaitu Puan Umi (nama gelaran ‘Mak Ndak’) rasa bertanggungjawab untuk sediakan kebajikan kepada pekerja-pekerjanya dalam mendalami ilmu agama terutamanya kelas fardhu ain. Jadi hasrat murni beliau disambut baik oleh Yayasan untuk menyediakan sukarelawan bagi kelas tersebut.

Buat sahabat-sahabat diluar sana,

Yayasan Nusrah berharap agar program dakwah (Kelas KAFA) ini dapat disebar luaskan lagi kepada masyarakat diluar sana khususnya untuk majikan dimana-mana restoran yang berminat untuk menyediakan kelas kafa khusus kepada pekerja-pekerja di restoran/kedai makan masing-masing. InsyaAllah besar ganjaran buat majikan dan banyak manfaat bakal diperolehi oleh pekerja-pekerja disamping menambah dan memperkukuhkan lagi pengetahuan agama serta menguatkan lagi silaturrahim antara majikan dengan pekerja dan pekerja dengan pekerja. ini juga satu inisiatif yang perlu disambut baik dan juga menjadi tanggungjawab kita sebagai seorang Islam sebenarnya.

Selain itu juga, kami juga membuka peluang seluas-luasnya kepada orang ramai yang berminat untuk menyumbang ilmu sebagai tenaga pengajar sukarelawan di mana-mana restoran/kedai makan yang berdekatan mengikut permintaan tuan restoran/kedai makan atau ditempat anda sendiri. Program ini adalah sumbangan sukarelawan seikhlas hati dan tiada bayaran yang dikenakan. Setiap sukarelawan yang ingin berkhidmat akan dilatih dan diberi Irsyad Diri terlebih dahulu oleh Yayasan Nusrah mengikut kesesuaian tempat dan waktu.

Bagi yang berminat atau ingin mendapatkan keterangan lanjut bolehlah menghubungi saya sendiri 012-4519001 (Cik Syuhadah) atau 012-4221900 (Dr Nadiyah Elias) . InsyaAllah semoga dapat manfaat bersama ^^

====Tolong Menolong Kebaikan Bersama Dunia Akhirat====