Category Archives: Irsyad Diri

Jemputan Program Isra’ Mikraj di Sek. Men. TM

sek tm

Alhamdulillah, kami mendapat jemputan dari Sekolah Menengah Tengku Mahmood, Mergong yang merupakan sekolah swasta dan mempunyai 6 orang guru serta 60 lebih orang plelajar.

Sekolah ini merupakan sekolah persendirian yang sudah lama bertapak bermula tahun 1991 sehingga sekarang. Sekolah ini hanya mengambil pelajar dari umur 16 dan ke atas bagi yang ingin mendapatkan sijil SPM. Sebenarnya, kami baru tahu sekolah ini ada khas untuk pelajar-pelajar tertentu. Sangatlah bagus bagi mereka yang ingin menyambung pengajian sebabnya sijil SPM sangatlah penting sekarang.

Sempena sambutan isra’ mikraj, program pengisian telah diadakan dan salah satu slotnya, kami dijemput hadir untuk memberi pengisian berkaitan dengan irsyad remaja. Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik dari guru-guru terutama sekali Pengetua sekolah. Walaupun sekejap ia sangat bermakna buat kami. InsyaAllah kami akan hadir lagi untuk memberi sepenuhnya program Irsyad Remaja seharian kepada pelajar-pelajar di sekolah ini.

Nantikan kehadiran kami ^_^

Kami juga mengalu-alukan sekolah-sekolah lain untuk menjemput kami memberikan talk untuk Bengkel Irsyad Remaja. Sebarang pertanyaan dan sekiranya berminat bolehlah menghubungi kami di talian 012-4519001 (Cik Puan Syuhadah).

 

Program Irsyad Diri Bersama Pelajar-Pelajar

A New Design(3)

InsyaAllah, ini adalah program pertama yang akan diadakan bersama para pelajar Uum (yang menjadi harapan kami untuk sebaran Irsyad Diri). Bengkel ini dianjurkan oleh Pusat Islam UUM dengan kerjasama dengan Yayasan Nusrah yang akan diadakan pada 29 April 2016 bertempat di Dewan Seminar Pusat Islam UUM.

Program ini seperti bengkel-bengkel sebelum ini cuma ada sedikit perbezaan dari segi pengisiannya. InsyaAllah bengkel ini akan disampaikan oleh Dr Nadiyah Elias dan Cik Puan Adilah Md Zain bermula dari 8.30 pagi hingga 5.00 ptg.

Alhamdulillah, semoga bengkel ini dapat berjalan dengan lancar. Semoga dipermudahkan.

Bengkel Irsyad Diri bersama Staf KEDA

irsyad di keda

Bengkel Irsyad Diri bersama staf-staf KEDA pada 13 April 2016 (Rabu) bermula pada jam 8.30 pagi sehingga 4.30 ptg bertempat di Bangunan KWSP Alor Setar.

Bengkel ini dhadiri seramai 55 orang staf KEDA wakil dari semua zon Kedah. Bengkel ini dianjurkan oleh Jabatan Latihan dan Pengurusan Sumber Manusia. Penceramah mewakili Yayasan adalah Dr Nadiyah Elias dan diiringi dengan Cik Puan Adilah Md Zain (sukarelawan yayasan).

Syukur ke hadrat Illahi. Bengkel ini adalah pertama kali diadakan bersama-sama masyarakat KEDA khususnya staf-staf KEDA. Yayasan sangat berharap ini adalah permulaan yang baik untuk Irsyad Diri bermula dengan staf-staf di peringkat atasan sebelum turun ke penduduk-penduduk KEDA sendiri. Yayasan kami sangat mengalu-alukan staf-staf KEDA untuk sendiri menjadi sukarelawan pada masyarakat KEDA suatu hari nanti. InsyaAllah. Yayasan akan membuat pemantauan susulan dalam menggerakkan Irsyad Diri di tempat KEDA. Oleh itu, kami sangat memerlukan bantuan sukarelawan untuk bergerak bersama-sama dengan yayasan.

Doakan semoga Bengkel Irsyad Diri berkembang dan dapat memasuki pelbagai peringkat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam mencapai peningkatan diri di dunia untuk kejayaan di akhirat.