Aktiviti Terkini

Bengkel Panduan Sukarelawan Islam

Posted by:

12380354_614775798674544_1034859304_n
Dengan izin Allah, Yayasan akan mengadakan satu bengkel panduan sukarelawan Islam yang bakal diadakan di Makmal Komputer Pusat Islam UUM. Dimana kami mencari sukarelawan yang berminat untuk bersama-sama dengan kami dalam melaksanakan misi yayasan iaitu tolong menolong kebaikan dunia akhirat.

InsyaAllah bengkel ini akan diadakan pada 21 Mac 2016 (hari isnin) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Terbuka kepada semua orang ramai khususnya warga UUM untuk menyertai bengkel ini bagi yang berkelapangan dan berminat.

Peserta dikehendaki membawa pen, buku nota dan hati (yang ikhlas dan berlapang dada untuk menjadi sukarelawan yayasan…hehe). Yuran pendaftaran adalah PERCUMA. Makanan tidak disediakan tetapi kami mengalu-alukan sumbangan dan kenduri (bawa bekal makanan) sekiranya berminat¬†untuk menyediakan.

Sila sebarkan. Semoga ada sahabat lain yang berminat untuk turut serta ^^

0

About the Author:

  Related Posts
  • No related posts found.
Page 1 of 11