Aktiviti Terkini

Bengkel Irsyad Remaja di IKBN, Jitra

Posted by:

Bengkel Irsyad Remaja yang pertama diadakan oleh Yayasan Nusrah bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jitra (jalan nak pergi Changloon) yang berlangsung selama 2 hari (khamis dan jumaat) iaitu pada 3 & 4 Mac 2015 telah memberi kesan positif kepada para peserta.

Alhamdulillah, Yayasan Nusrah telah diberi peluang untuk mengadakan satu bengkel untuk golongan remaja khususnya para pelajar yang baru belajar untuk menjadi dewasa. Oleh itu, Yayasan terasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dunia & akhirat di kalangan mereka terutamanya bab SOLAT. Sepanjang bengkel ini, penekanan tentang SOLAT sangat diberi penekanan oleh penceramah bengkel iaitu Dr Nadiyah Elias.

Peserta yang terdiri daripada 70 orang pelajar lelaki (tahun akhir) dan fasilitator seramai 7 orang termasuk dengan 2 orang penceramah telah menjayakan program ini dengan baik. IRSYAD REMAJA atau Bimbingan Remaja mempunyai tiga slot yang disampaikan dan diselangseli dengan 3 LDK (latihan dalam kumpulan) bersama peserta.

Hari pertama, bengkel telah mengadakan sesi taa’ruf (sesi pengenalan antara fasilitator dengan peserta) dan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Pengenalan mengenai Bagaimana Untuk Berjaya Di Dunia dan Akhirat telah disampaikan oleh Dr Nadiyah Elias dimana beliau menerangkan tentang definisi kejayaan, formula kejayaan dan langkah peningkatan diri. Seterusnya slot 2 & 3 telah disambung oleh Cik Adilah Mohd Zain iaitu penceramah yang kedua dimana beliau menyampaikan panduan kejayaan hidup dari perspektif Islam dan 5 formula peta kejayaan. Peserta juga diberikan latihan dalam LDK yang telah disediakan fasilitator mengikut setiap slot yang disampaikan. Dilihat para peserta sangat teruja dan bersemangat untuk melakukan task yang diberikan oleh fasilitator dalam kumpulan masing-masing.

12814332_1098515790178770_7283257691284487777_nFasilitator Adawiyah bersama peserta dalam sesi taa’ruf.

10301447_1098561753507507_9145198350254007658_n Bersama fasilitator masing-masing. khusuk dengan sesi taaruf bersama fasi ^^12799442_1098515843512098_6676335332614850005_n Fasilitator Hanif satu-satunya sukarelawan lelaki dan merupakan pelajar praktikal Sarjana Muda Kaunseling UUM. Beliau sangat mesra dengan para peserta. 12799210_1098515893512093_200484777465397610_nFasilitator Jawahir merupakan pelajar Sarjana Kaunseling UUM dan sedang menjalankan praktikal di IKBN tersebut. Orangnya lembut dan peramah serta disenangi para peserta.

Pada hari kedua, masa yang diberikan sangat terhad kerana hari Jumaat (waktu solat jumaat). Jadi, kami mengadakan slot ringkas berserta rumusan. Waktu yang berbaki diberikan peluang dan ruang kepada para peserta untuk melakukan latihan dalam kumpulan (LDK). Para peserta telah disediakan borang senarai semak solat saya, borang senarai semak peningkatan diri dan jadual mingguan. Dari sini, peserta diberi penerangan bagaimana latihan berfungsi. Para peserta kelihatan sangat teruja dan berazam untuk membuat perubahan diri terutamanya bagaimana untuk menggantikan solat terluput dengan menggunakan borang senarai semak solat saya yang telah disediakan.

Di akhir bengkel, setelah rumusan dibuat, terdapat satu lagi LDK dimana para peserta perlu membuat aku janji dan satu azam berkenaan dengan diri masing-masing. Sebagai penambahan kepada suasana yang harmoni, mesin lamination telah disediakan untuk peserta laminate kertas masing-masing untuk ditampalkan dibilik masing-masing secara percuma (alhamdulillah, telah ada sumbangan). Peserta kelihatan sangat kreatif dan yang paling penting bersemangat untuk membuat perubahan kepada diri dengan lebih baik. (itu misi utama kami)

latest 1salah seorang peserta bersama aku janjinya. (sangat bersemangat)

Alhamdulillah, bengkel selama dua hari di IKBN, Jitra telah memberi kesan yang positif kepada Yayasan dan juga kepada pihak IKBN sendiri. InsyaALLAH bengkel ini akan berterusan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengadakan mana-mana bengkel irsyad di tempat anda atau ada sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi saya 012-4519001 (Cik Puan Syuhadah). Perkhidmatan kami adalah PERCUMA, hanya dikenakan bayaran peralatan dan cas minyak kenderaan sahaja. ^^ Tolong menolong kebaikan dunia & akhirat.

0

About the Author:

  Related Posts
  • No related posts found.
Page 1 of 11