ban2

Allah Maha Menghitung

Allamdulillah saya dikurniakan oleh Allah rezeki yang sederhana seperti yang saya harapkan. Tidak mahu lebih kerana dikhuatiri akan terleka diri ke arah pembaziran. Namun, saya selalu berharap agar Allah berikan saya sejumlah wang asing khas untuk membuat kerja-kerja amal. Pada suatu ketika, saya pernah menginfakkan sejumlah RM200.00. Ia jumlah yang sangat tinggi bagi diri saya pada masa tersebut. Saya terkejut kerana dalam tempoh beberapa lama selepas itu, saya mendapat RM2400.00 dalam bentuk pulangan daripada lebihan biasiswa yang tidak disampaikan kepada saya sepuluh tahun kemudian. -Nadiyah Elias

Sebuah buku yang mengandungi 40 kisah ( benar ) ditambah dengan modul latihan praktikal (bagaimana) untuk mendapat dan menikmati kehidupan yang sejahtera.

Kita boleh cuba ( apa yang dicadangkan ) di dalam buku ini selama setahun .Iaitu bermula Januari 2015 hingga Disember 2015.

Dan buktikan sendiri hasilnya.

Di dalam buku ATM ini , kami pilih 40 cerita benar dari hampir 400 cerita, yang dihantar oleh mereka yang mahu berkongsi kisah ( keberhasilan ) masing-masing.

Asalnya mereka merupakan pembaca buku MMR (Mudahnya Menjemput Rezeki ), dan kisah-kisah itu merupakan kisah mereka setelah beramal dengan apa yang sudah diketahui.

Justeru, buku ATM ini, hadir untuk memudahkan lagi pemahaman kita dan keyakinan kita berkenaan idea bahawa:

 

Sesungguhnya menjemput rezeki, lebih mudah berbanding mencari rezeki.

 

Melalui bermacam-macam kisah yang akan kita baca di dalam buku ATM itu nanti. Kepelbagaian kisah yang dipaparkan , sesuai dengan hakikat bahawa yang dinamakan rezeki itu bukanlah duit sahaja.

Yang dinamakan rezeki ini macam-macam tuan…tidak larat kita mahu menghitungnya.

Melalui buku ATM ini, saya tidaklah menjanjikan apa-apa, kerana hanya janji Allah yang kita harapkan.

Langkah 1: Dapatkan buku ATM. Kita baca, kita amal dan kita nikmati hasilnya.

Langkah 2: Kita jadilah penyampai ATM.

sms-i

kupon atm

 

ATM- Sebuah buku yang menyediakan modul praktikal membina yakin (Iman); bahawasanya kehidupan yang sejahtera itu boleh kita minta dari Allah. Hanya Allah tempat meminta. Apa sahaja hajat di dunia ini dan hajat di akhirat nanti boleh kita minta daripada Allah.

Penyampai ATM- Akan akan dikongsikan bagaimana berlatih dan mengamalkan modul latihan yang terdapat di dalam buku ATM, seterusnya menyampai dan mengajak orang lain pula untuk beramal.

VISI ATM – Menyampai Dan Mengajak Insan mengamalkan agama ( Islam.)
MISI ATM – Menghubungkan Insan kepada Allah. ( Conneting people to Allah ) dengan strategi mengamalkan sunnah nabi saw.

Untuk difikirkan:

Bila kita beramal, katakan dengan solat Dhuha contohnya, maka dapatlah kita manfaatnya dan pahala solat dhuha.

Katakan, kita beramal dan menyampaikan amalan itu kepada seribu orang.

Bila 1,000 orang itu, beramal dengan solat dhuha kita pun akan dapat 1,000 orang punya amalan solat dhuha masuk ke dalam akaun pahala kita. Insya-Allah.

Satu lagi contoh:

Bila kita beramal, katakan dengan amalan bersedekah RM1 setiap hari, maka dapatlah kita manfaat dan pahala bersedekah RM1 setiap hari.

Katakan, kita beramal dan menyampaikan (tablighkan) amalan itu kepada seribu orang. Tidak cukup dengan menyampaikan (tablighkan) kita ajak (dakwah) mereka dengan pujuk rayu dan kasih sayang untuk turut beramal dengan amalan bersedekah RM1 setiap hari.

Bila 1,000 orang itu, beramal, maka kita akan dapat seribu orang punya pahala sedekah masuk dalam akaun pahala kita. Insya-Allah.

Bagaimana pula bila kita ajak orang yang tidak solat kepada solat..? Orang yang pendendam jadi pemaaf…? Orang yang tidak tutup aurat dengan sempurna jadi sempurna….?

Masya-Allah…!

Dalam bahasa arab kita sebut kerja menyampai dan mengajak ini adalah ( Kerja tabligh dan dakwah ). Tabligh itu sifat nabi. Manakala dakwah itu kerja nabi.

Nabi sudah tidak ada. Apakah kerja menyampai dan mengajak kepada kebaikan ini hanya kerja guru, ustaz dan ulama sahaja…? Saya rasa setiap kita perlu ambil bahagian. Sekurang-kurangnya untuk menyampai dan mengajak kepada ahli keluarga dan kaum kerabat kita sendiri.

Sesiapa sahaja yang buat kerja ini dijanjikan pertolongan oleh Allah. Jadi, biarpun saya orang Islam biasa saja dan (bukanlah ustaz atau orang alim ), saya juga , insya-Allah dijanjikan pertolongan Allah.

Iaitu bilamana kita menyampaikan kebaikan dan mengajak orang untuk berbuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan.

Saya tidak pandai bercakap lebih dari itu; kerana saya pun orang Islam yang biasa-biasa sahaja….jadi saya mulakan sajalah….

Untung dua kali rupanya bila kita buat kerja menyampai dan mengajak orang lain beramal.

1) Untung dari amalan yang kita sendiri lakukan

2) Untung dari amalan orang yang kita ajak tadi.

Saya sedia luangkan masa dan sedikit pengalaman ( yang Allah beri ) untuk dikongsikan dengan saudara.

Saya tidak menjanjikan apa-apa, kerana janji Allah yang kita harapkan.

Dan yang menariknya…,janji Allah adalah benar, benar , benar dan benar.

Dan Allah tidak pernah mungkir janji.

Apalah janji Allah kepada kita…?

Nah, di bawah ini salah satunya…!

“Wahai orang yang beriman, mahu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu daripada azab seksa yang tidak terperi sakitnya?

Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu, yang demikian itu lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui (hakikat sebenarnya ).

( Dengan itu ) Allah akan mengampunkan dosa-dosa kamu, dan memasukkan kamu ke dalam taman-taman yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, serta ditempatkan kamu di tempat-tempat yang baik di dalam syurga ‘Adn. Itulah kemenangan yang besar.

Dan ada lagi limpah kurnia yang kamu sukai, iaitu pertolongan daripada Allah dan kemenangan yang dekat ( masa berlakunya ). Dan sampaikan berita yang mengembirakan itu kepada orang yang beriman. ( As-Saff: 10-13 )

-Fathuri Salehuddin-

Banyak ibrah yang boleh kita perolehi dari kisah inikan… Pertamanya kembalilah kepada Allah yang mencipta kita dan jangan berputus asa dengan dugaan yang Allah berikan kepada kita. Allah turunkan dugaan pada kita bukan Allah benci kita, tapi ALLAH SAYANG KITA  sebenarnya.

sms-i

kupon atm