Aktiviti Terkini

Disini kami bertemu dan berukhwah

Posted by:

20151223_102644bergambar bersama untuk hari terakhir program
20151207_153934lawatan sambil belajar di Pameran Tamadun Islam, Muzium Negara20151207_114634 khusyuk dengar Naqib Nafis bercerita tentang Sirah Nabi SAW20151126_093436fokus menghafal sebelum di tasmik dengan Umi Miza

Alhamdulillah…dengan kekuatan dan keizinan daripada Allah SWT, tanpa disedari sudah berakhirnya program cuti sekolah ALIRSYAD yang telah diadakan selama 5 minggu (24 hari) iaitu pada 22 Nov hingga 23 Dis 2015. Sekejap sahaja masa berlalu kan.

Peserta seramai 13 orang dan 3 orang tenaga pengajar telah menceriakan dan memeriahkan lagi Yayasan Nusrah. Alhamdulillah, dapat banyak feedback yang baik dari waris dengan perubahan yang berlaku pada anak-anak mereka. Siap request lagi untuk adakan lagi program macam nie untuk tahun depan. ^_^ InsyaAllah. Sekiranya diberi keizinan lagi, program seperti ini akan diadakan lagi.

Terima kasih juga kepada catering kami iaitu Restoran Kemelon, jiran Yayasan Nusrah kerana menyediakan makanan pagi dan tengah hari untuk kami sepanjang program berlangsung, dan terima kasih juga yang memberi sumbangan samaada secara langsung atau tidak langsung. Alhamdulillah, rezeki para peserta sangat melimpah ruah yang datang tak disangka-sangka (pakat tambah berat badan…hehe ^_^).

Syukur Alhamdulillah. Semoga ketemu lagi ^_^

0

About the Author:

  Related Posts
  • No related posts found.
Page 1 of 11