Monthly Archives: July 2016

Bantuan Sumbangan kepada Pondok Pasir Tumbuh

Rentetan kebakaran asrama wanita Pondok Pasir Tumbuh (Madrasah Diniah Bakriah) pada 17 Jun 2016 (waktu petang) telah menyebabkan asrama berkenaan hangus terbakar dan pelajar tinggal sehelai sepinggang tanpa sempat menyelamatkan apa-apa. Sehubungan dengan itu, Dr Nadiyah Elias (Pengarah Urusan Yayasan Nusrah) bersama sahabat-sahabat beliau mengusahakan projek bantuan tilam kepada pondok berkenaan. 

Sebanyak 200 unit tilam (tanpa sarung) dan 100 unit bantal yang ditempah daripada Bertam, Pinang. 70 set tilam dan bantal telah diagihkan kepada para pelajar yang diuruskan oleh Ustazah Fadzillah iaitu guru di pondok berkenaan, selebihnya akan dijual semula oleh pondok sebagai modal tabungan pemulihan kebakaran. Alhamdulillah misi penyerahan tilam dan bantal berjalan dengan lancar. 

13501934_1174029219294093_8586415543037507429_n

Bersama dengan warga pondok Pasir Tumbuh

13511983_1174029195960762_4461806876916249937_n

Lori yang baru sampai di Pondok Pasir Tumbuh

Bagi yang berminat untuk membuat belian amal, bolehlah berurusan dengan ustazah fadzillah, 30 unit bantal dijual dengan harga Rm10 dan 130 tilam dijual dengan harga Rm35 (untuk ahli pondok) dan Rm50 (untuk pelawat). Dengan jualan ini, dijangka akan mendapat sebanyak RM2.5k sekiranya semua terjual. Jualan amal ini sikit sebanyak dapat membantu pemulihan kebakaran. 

Jazakumullahukhairan kathiiran kepada sahabat-sahabat yang bersama memberi sumbangan untuk saham tilam dan bantal ini.^^ Sekiranya tidak mampu buat semua, buat sedikit pun sudah memadai dan besar ganjarannya di sisi Allah.