Monthly Archives: May 2016

Bengkel Arab Quran di Sungai Petani

BeFunky CollageBengkel Arab Quran ini telah diadakan kali pertama di Sungai Petani bertempat di Dewan Kekwa, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Muda. Bengkel ini dianjurkan oleh Dr Haslin Abd Wahab yang merupakan juga sukarelawan Yayasan Nusrah yang aktif.

Bengkel ini disertai bukan sahaja dari Sg Petani tetapi ada yang datang jauh dari Alor Setar dan juga Pulau Pinang semata-mata untuk mendapatkan ilmu mendalami bahasa Al-Quran. Alhamdulillah, banyak respon dari peserta yang menyertai bengkel ini mudah memahami bahasa Quran dengan kaedah yang diajarkan oleh Dr Nadiyah Elias.

Manfaat dari bengkel ini juga, peserta yang menyertai bengkel ini juga dapat mengajarkan kepada orang lain. Itulah kelebihan peserta terutama yang sangat berminat. Sesuai dengan falsafah Yayasan iaitu ‘tolong menolong kebaikan dunia akhirat’ ^_^

Kepada yang berminat, boleh lah menghubungi kami atau sebarang pertanyaa kepada Cik Puan Nur Syuhadah di talian 012-4519001.

Semoga Allah sentiasa memberkati dan meredhai perjalanan kita dalam mendalami ilmu agama Nya. Insya Allah.

 

Cerita Kembara Kami Bersama PIP & Maknyah

Hampir seminggu kami team Yayasan Nusrah bermusafir dan mengembara serta banyak perkara dan pengalaman baru yang kami perolehi. Tak sabar nak kongsikan bersama. Asalnya kami terlibat dengan Seminar Kaunseling Islam Antarabangsa anjuran PAKSI. Tapi bak kata orang lama, sambil menyelam minum air. Jadi sepanjang perjalanan kesana sama ada sebelum atau selepas sememangnya kami manfaatkan sebaiknya.

Saya akan ceritakan mengenai sahabat dan anak-anak angkat yang Allah ketemukan dengan kami di Kuantan tempohari. Allah yang menggerakkan hati untuk meneroka di FB- terjumpa dengan Persatuan Insaft Pahang yang mempunyai falsafah dakwah yang hampir selari dengan Yayasan Nusrah. Allah yang permudahkan sehingga lima orang sahabat saya yang bersama ke seminar semuanya lapang dan berminat untuk bersama ke Kuantan. Kami tekan minyak menelusuri jalan Bahau yang orang Kedah manalah gheti.

Di sana kami disambut oleh Tuan Dr Shamsul yang betul betul adik beradik dengan saya cara bekerja beliau- malah saya lihat sangat lebih dedikasi lagi. Kami ni pergi hanya nak lihat lihat dan belajar belajar, namun Dr Shamsul sambut dan bercakap dengan kami seolah olah sudah besoknya pulang, sudah mahu memulakan operasi bersahabat dengan warga khas Alor setar.

13239194_1148758075154541_7040283190663791738_n

Tuan Dr Shamsul yang low profile, guru mentor kami yang Allah temukan

Malam itu, kami dibawa berjumpa dengan ‘maknyah -maknyah’ sahabat kepada Peratuan Insaf Pahang. ( saya masih mencari apakah nama terbaik dan manis untuk dipanggil mereka ini) kami memikirkan juga- dengan satu van yang separuhnya berniqab- tidakkah maknyah akan lari? janjinya adalah kami akan duduk saja dalam kereta supaya tidak menakutkan mereka. Kata ustaz Khairul- van mayat saya tu dari jauh lagi pasti akan menyebabkan mereka lari sebab ia serupa dengan van jabatan agama, hehehe.

13178971_1148757235154625_5243696329694608384_n

Sahabat seumur hidup-tuan Mohamed Bakri Abu Bakar atau nama glamer kak jun. Tuan haji jambatan kukuh yang membolehkan usaha dakwah disampaikan kepada mereka. Umur senior sikit dari saya.

Maka kami pergi dengan kereta Dr Shamsul. Mengharukan- dan Allah sudah hadirkan di hati komitmen kasih dan tanggungjawab berfikir mengenai dunia akhirat mereka. Anak- anak yang ada tu, subhanallah- memerlukan kita semua. Mereka mahu bersahabat, dan disahabatkan. Malah, seorang dari mereka, kami tak berkata apa, beliau yang memulakan cerita mengenai Allah, dan lain-lain. Maka kami pun mengangguk sajalah. ( tak terkata!)

Alhamdulillah, Allah jadikan, mereka tidak kekok langsung dengan kami- dengan berkat adanya sahabat mereka dari Persatuan Insaf Pahang, maka kami boleh duduk duduk bersembang dan bersahabat, dan bertukar hp no. Seorang anak beritahu akan singgah di alor setar nanti dalam perjalanan ke thailand. saya setuju saja untuk mengambiil beliau di bus stop dan carikan tempat bermalam – namun dalam hati ber hu hu- alamak- nak ke thailand nak buat apa? kalau tengok rupa, semua sudah terlalu lawa dah.

13239305_1148758428487839_4957456005262540947_n

Amy @Naser, anak angkat yang sudi menjadi public figure. Beliau tidak kisah dikenali ramai untuk kebaikan; pesan beliau; “cerita yang baik-baik saja-tau!”

Sebelum itu, kata ustaz yang terlibat, maknyah lebih selesa dengan lelaki, wanita harus bertugas berdakwah kepada golongan lesbian dan pengkid. Saya tidak menolak berdakwah kepada siapa saja- cuma, saya tidaklah tahu ke mana untuk mencari sesiapa. Jika sesiapa boleh tunjukkan di mana lesbian ada – boleh saja kita bersahabat dan berkongsi wawasan.

Terfikir untuk mendekatai golongan maknyah ini adalah hasil dorongan dari anak murid tersayang, yang menyatakan beliau adalah bekas maknyah. Saya beroperasi berdasarkan apa yang Allah halakan saya.

Kata salah seorang dari mereka sendiri semasa bersembang; “maknyah” lebih selesa bercakap dengan wanita, terutama wanita lebih usia kerana mereka memerlukan emak yang memahami. Wallahualam, seandainya saya boeh menjadi emak atau tok yang memahami – seandainya Allah dorongkan dan permudahkan, saya pasti akan berusaha. Ilmu sememangnya Allah sudah bekalkan banyak ilmu teori mengenai transgender dll, dan sebagai pelopor kaunseling Islam, secara teori, sememangnya saya sudah lecturekan kepada murida strategi membantu klien menanagni isu transgender bagi musli.

Namun untuk usaha dakwah, saya tidak pasti perwatakan, pemakaian dan falsafah hidup dan dakawah saya sesuai dengan mereka atau tidak.

Pernah sekali dahulu, semasa saya ingin menyertai trip ke lorong, saya diberitahu mesti buka tudung, berpakaian seluar, hood gantu tudung- supaya orang lorong tidak lari kerana takut. Maka saya pun terbantutlah untuk meneroka alam dakwah di sana kerana pemakaian saya lebih utama untuk keselamatan akhirat saya sendiri.

Sekadar berada di sana semalam dan sehari, Allah telah menunjukkan bahawa tidak ada halangan permulaan dari segi pemakaian,Ternyata tidak benar bahawa pakaian menjadi halangan.

13177604_1148757511821264_8163122640304024008_n

Gambar after-(gambar before tak boleh tayang) anak yang baru semalam buat keputusan untuk tinggalkan lorong dan meneruskan kehidupan menjadi pembantu warong tuan haji. Semoga Allah pelihara semua

Kami yang duduk dalam kereta pada mulanya, malah digamit jemput turun untu bersahabat. Saya buka niqab kerana ia sememangnya falsafah khidmat saya. Saya tidak mengenakan niqab semasa mengajar, kaunseling, temubual responden, berdakwah dengan orang asli. namun, adik-adik tetap berniqab dan ia tidak menjadi isu. Semuanya berkenalan dan bersembang sakan.

Maka sekurang-kurangnya halangan pertama sudah saya diprovekan- mitos lama yang membuatkan saya sebelum ini tidak mencebut dengan golongan khas lorong. Petua aktivis lama mengenai pakaian sudah terbukti semalam tidak lagi relevan:
Timbul pulak fikiran jahat dalam diri: kot kot si aktivis dahulu kot yang takut dan tidak selesa dengan pemakaian kami? he he

Apa pun, saya bersyukur kerana Allah telah membuka jalan berdakwah, dengan NGO yang patuh syariat, bergeraka tas tiket dakwah- tanpa karaoke atau strategi barat, yang menjadi mentor saya. Pengalamn sekejap di Kuantan membuahkan persahabatan dan ikhwah berterusan dengan warga khas Kuantan. Mereka berjanji akan memperkenalkan saya dengan warga di alor setar.

Seandainya Allah memilih saya untuk menjadi agen penyampai kepada mereka, saya berharap saya akan mampu menjalankannya. Allah yang merancang dan memilih. Kita hanyalah hambaNya yang perlu menapak dan bekerja keras di mana saja saya berada.

Anak khas di Kuantan seorang menanyakan;” Apa yang menyebabkan umi berminat untuk berdakwah kepada kami maknyah?”

Saya menjawab. Saya berminat berdakwah kepada sesiapa saja yang Allah temukan. Kepada pendakwah juga, saya akan berdakwah “ustaz jangan gemuk sangat, ustazah, jangan pakai lipstik, he he” ( bukan sebab saya rasa saya baik- sebab tanggunjawab kita saling berdakwah)

“Umi minat berdawah dengan kamu sebab Allah sudah temukan umi dengan kamu.”

Alhamdullillah – beliau mengangguk setuju.

Tiada apa yang mustahil selagi niat kita lurus. Dan saya percaya apa yang kita hajatkan Allah akan lorongkan niat kita itu dengan mudah. Insya Allah ^^

P/s: Admin by Nadiyah Elias

 

 

Jemputan Program Isra’ Mikraj di Sek. Men. TM

sek tm

Alhamdulillah, kami mendapat jemputan dari Sekolah Menengah Tengku Mahmood, Mergong yang merupakan sekolah swasta dan mempunyai 6 orang guru serta 60 lebih orang plelajar.

Sekolah ini merupakan sekolah persendirian yang sudah lama bertapak bermula tahun 1991 sehingga sekarang. Sekolah ini hanya mengambil pelajar dari umur 16 dan ke atas bagi yang ingin mendapatkan sijil SPM. Sebenarnya, kami baru tahu sekolah ini ada khas untuk pelajar-pelajar tertentu. Sangatlah bagus bagi mereka yang ingin menyambung pengajian sebabnya sijil SPM sangatlah penting sekarang.

Sempena sambutan isra’ mikraj, program pengisian telah diadakan dan salah satu slotnya, kami dijemput hadir untuk memberi pengisian berkaitan dengan irsyad remaja. Alhamdulillah mendapat sambutan yang baik dari guru-guru terutama sekali Pengetua sekolah. Walaupun sekejap ia sangat bermakna buat kami. InsyaAllah kami akan hadir lagi untuk memberi sepenuhnya program Irsyad Remaja seharian kepada pelajar-pelajar di sekolah ini.

Nantikan kehadiran kami ^_^

Kami juga mengalu-alukan sekolah-sekolah lain untuk menjemput kami memberikan talk untuk Bengkel Irsyad Remaja. Sebarang pertanyaan dan sekiranya berminat bolehlah menghubungi kami di talian 012-4519001 (Cik Puan Syuhadah).