Monthly Archives: March 2016

Bengkel Sukarelawan menjadi kenyataan

Alhamdulillah ala kullihal….Akhirnya Bengkel Sukarelawan berjaya diadakan buat kali pertama dengan kehadiran 10 orang peserta. ^^ (permulaan yang baik). Bengkel ini diadakan sendiri oleh Dr Nadiyah Elias yang berlangsung di Bilik Komputer di Pusat Islam pada 21/3/2016 bermula 9.00 pagi hingga 4.30 petang.

sukarelawan islamBengkel ini diadakan bertujuan untuk mencari sukarelawan bagi yayasan secara langsung atau tidak langsung dan juga boleh menyertai untuk ilmu. Pengisian sukarelawan Islam ini adalah sangat berbeza dengan sukarelawan yang lain (kalu nak tahu bagaimana, kenalah join dulu ^^).

Alhamdulillah, dengan minat yang ditunjukkan oleh para peserta, banyak idea dan cadangan yang dibentangkan oleh mereka untuk kerja amal di bawah Yayasan kami. InsyaAllah, semoga dipermudahkan untuk melaksanakan amanah ini. Kebetulan ada satu program terbaru bakal diadakan. Nak tahu apa??? Tunggukan makluman dari kami ^^

InsyaAllah, Bengkel Sukarelawan anjuran Yayasan Nusrah dengan kerjasama Pusat Islam UUM akan diadakan dalam masa terdekat. Tarikh dan masa kami akan war-warkan. Nantikan ^^

Rebutlah peluang ini bagi yang berminat untuk meraih ganjaran di dunia dan di akhirat. Kami juga sangat mengalu-alukan sukarelawan lelaki. Siapa berminat boleh hubungi saya untuk makluman lanjut di talian 012-4519001 atau join group FB kami di Yayasan Nusrah. ^^

Bi’iznillah ^^

 

Kelebihan Bengkel Arab AlQuran

Alhamdulillah…syukur ke hadrat Illahi dengan limpah kurnia serta rahmatnya kami dapat berkumpul bersama-sama untuk mendalami ilmuNya^^

Bengkel Arab AlQuran telah berlangsung pada 17 Mac 2016 (khamis) bertempat di Kelas Kafa Bilik 5 di Pusat Islam Universiti Utara Malaysia. Tenaga pengajar adalah Dr Nadiyah Elias yang merupakan salah seorang Pensyarah UUM dan merangkap Pengarah Yayasan Nusrah kami.

Saya sebagai admin juga turut hadir untuk menjayakan program ini ternyata memberi suatu ilmu yang baru dalam memahami makna setiap ayat alQuran sekaligus menguatkan daya hafalan. Saya pasti dan yakin ramai yang mengimpikannya tetapi tak punya masa dan ruang untuk belajarnya. Dengan menghadiri bengkel ini, peserta mampu membuatnya sendiri di tempat sendiri samaada di rumah atau di tempat kerja. Sungguh menarik dan mudah asalkan ada usaha dan semangat ^^ insyaAllah.

Bengkel ini disediakan secara PERCUMA dan anda boleh memohon untuk diadakan di tempat anda. Sebarang pertanyaan dan berminat bolehlah hubungi Cik Puan Syuhadah pada talian 012-4519001. Semoga Allah Permudahkan dan Sebarkan ^^

bengkel arab perkata

Bengkel Panduan Sukarelawan Islam

12380354_614775798674544_1034859304_n
Dengan izin Allah, Yayasan akan mengadakan satu bengkel panduan sukarelawan Islam yang bakal diadakan di Makmal Komputer Pusat Islam UUM. Dimana kami mencari sukarelawan yang berminat untuk bersama-sama dengan kami dalam melaksanakan misi yayasan iaitu tolong menolong kebaikan dunia akhirat.

InsyaAllah bengkel ini akan diadakan pada 21 Mac 2016 (hari isnin) bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang. Terbuka kepada semua orang ramai khususnya warga UUM untuk menyertai bengkel ini bagi yang berkelapangan dan berminat.

Peserta dikehendaki membawa pen, buku nota dan hati (yang ikhlas dan berlapang dada untuk menjadi sukarelawan yayasan…hehe). Yuran pendaftaran adalah PERCUMA. Makanan tidak disediakan tetapi kami mengalu-alukan sumbangan dan kenduri (bawa bekal makanan) sekiranya berminat untuk menyediakan.

Sila sebarkan. Semoga ada sahabat lain yang berminat untuk turut serta ^^

Bengkel Arab AlQuran di Universiti Utara Malaysia

12834699_614775772007880_1690483238_n

Bengkel Arab AlQuran yang akan diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM, Kedah) bertempat di Bilik KAFA 5, Pusat Islam UUM pada 17 Mac 2016 (khamis nie) bermula jam 9.30 pagi hingga 1.00 tengah hari.

Yuran pendaftaran bengkel ini adalah PERCUMA. Terbuka kepada semua yang berminat. Jangan lepaskan peluang ini. Rugi siapa yang tak join…hehe

Perhatian : Peserta yang berminat sila bawa Quran tafsir per kata sendiri (Quran Mushaf Arab sahaja), 2 buku nota nipis, kertas A4 (kertas berwarna pun tak apa dengan syarat berwarna lembut) dan tab/ipad jika ada.

Sila war-warkan kepada sahabat yang lain. Semoga menjadi rezeki sahabat lain untuk turut bersama. ^^

Sekiranya berminat untuk mengadakan bengkel ini ditempat anda boleh menghubungi kami. InsyaAllah kami boleh sediakan untuk anda. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Dr Nadiyah Elias 012-4221900.

Bengkel Irsyad Remaja di IKBN, Jitra

Bengkel Irsyad Remaja yang pertama diadakan oleh Yayasan Nusrah bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Jitra (jalan nak pergi Changloon) yang berlangsung selama 2 hari (khamis dan jumaat) iaitu pada 3 & 4 Mac 2015 telah memberi kesan positif kepada para peserta.

Alhamdulillah, Yayasan Nusrah telah diberi peluang untuk mengadakan satu bengkel untuk golongan remaja khususnya para pelajar yang baru belajar untuk menjadi dewasa. Oleh itu, Yayasan terasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menyampaikan ilmu dunia & akhirat di kalangan mereka terutamanya bab SOLAT. Sepanjang bengkel ini, penekanan tentang SOLAT sangat diberi penekanan oleh penceramah bengkel iaitu Dr Nadiyah Elias.

Peserta yang terdiri daripada 70 orang pelajar lelaki (tahun akhir) dan fasilitator seramai 7 orang termasuk dengan 2 orang penceramah telah menjayakan program ini dengan baik. IRSYAD REMAJA atau Bimbingan Remaja mempunyai tiga slot yang disampaikan dan diselangseli dengan 3 LDK (latihan dalam kumpulan) bersama peserta.

Hari pertama, bengkel telah mengadakan sesi taa’ruf (sesi pengenalan antara fasilitator dengan peserta) dan dibahagikan kepada 6 kumpulan. Pengenalan mengenai Bagaimana Untuk Berjaya Di Dunia dan Akhirat telah disampaikan oleh Dr Nadiyah Elias dimana beliau menerangkan tentang definisi kejayaan, formula kejayaan dan langkah peningkatan diri. Seterusnya slot 2 & 3 telah disambung oleh Cik Adilah Mohd Zain iaitu penceramah yang kedua dimana beliau menyampaikan panduan kejayaan hidup dari perspektif Islam dan 5 formula peta kejayaan. Peserta juga diberikan latihan dalam LDK yang telah disediakan fasilitator mengikut setiap slot yang disampaikan. Dilihat para peserta sangat teruja dan bersemangat untuk melakukan task yang diberikan oleh fasilitator dalam kumpulan masing-masing.

12814332_1098515790178770_7283257691284487777_nFasilitator Adawiyah bersama peserta dalam sesi taa’ruf.

10301447_1098561753507507_9145198350254007658_n Bersama fasilitator masing-masing. khusuk dengan sesi taaruf bersama fasi ^^12799442_1098515843512098_6676335332614850005_n Fasilitator Hanif satu-satunya sukarelawan lelaki dan merupakan pelajar praktikal Sarjana Muda Kaunseling UUM. Beliau sangat mesra dengan para peserta. 12799210_1098515893512093_200484777465397610_nFasilitator Jawahir merupakan pelajar Sarjana Kaunseling UUM dan sedang menjalankan praktikal di IKBN tersebut. Orangnya lembut dan peramah serta disenangi para peserta.

Pada hari kedua, masa yang diberikan sangat terhad kerana hari Jumaat (waktu solat jumaat). Jadi, kami mengadakan slot ringkas berserta rumusan. Waktu yang berbaki diberikan peluang dan ruang kepada para peserta untuk melakukan latihan dalam kumpulan (LDK). Para peserta telah disediakan borang senarai semak solat saya, borang senarai semak peningkatan diri dan jadual mingguan. Dari sini, peserta diberi penerangan bagaimana latihan berfungsi. Para peserta kelihatan sangat teruja dan berazam untuk membuat perubahan diri terutamanya bagaimana untuk menggantikan solat terluput dengan menggunakan borang senarai semak solat saya yang telah disediakan.

Di akhir bengkel, setelah rumusan dibuat, terdapat satu lagi LDK dimana para peserta perlu membuat aku janji dan satu azam berkenaan dengan diri masing-masing. Sebagai penambahan kepada suasana yang harmoni, mesin lamination telah disediakan untuk peserta laminate kertas masing-masing untuk ditampalkan dibilik masing-masing secara percuma (alhamdulillah, telah ada sumbangan). Peserta kelihatan sangat kreatif dan yang paling penting bersemangat untuk membuat perubahan kepada diri dengan lebih baik. (itu misi utama kami)

latest 1salah seorang peserta bersama aku janjinya. (sangat bersemangat)

Alhamdulillah, bengkel selama dua hari di IKBN, Jitra telah memberi kesan yang positif kepada Yayasan dan juga kepada pihak IKBN sendiri. InsyaALLAH bengkel ini akan berterusan.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengadakan mana-mana bengkel irsyad di tempat anda atau ada sebarang pertanyaan bolehlah terus menghubungi saya 012-4519001 (Cik Puan Syuhadah). Perkhidmatan kami adalah PERCUMA, hanya dikenakan bayaran peralatan dan cas minyak kenderaan sahaja. ^^ Tolong menolong kebaikan dunia & akhirat.