Monthly Archives: December 2015

Disini kami bertemu dan berukhwah

20151223_102644bergambar bersama untuk hari terakhir program
20151207_153934lawatan sambil belajar di Pameran Tamadun Islam, Muzium Negara20151207_114634 khusyuk dengar Naqib Nafis bercerita tentang Sirah Nabi SAW20151126_093436fokus menghafal sebelum di tasmik dengan Umi Miza

Alhamdulillah…dengan kekuatan dan keizinan daripada Allah SWT, tanpa disedari sudah berakhirnya program cuti sekolah ALIRSYAD yang telah diadakan selama 5 minggu (24 hari) iaitu pada 22 Nov hingga 23 Dis 2015. Sekejap sahaja masa berlalu kan.

Peserta seramai 13 orang dan 3 orang tenaga pengajar telah menceriakan dan memeriahkan lagi Yayasan Nusrah. Alhamdulillah, dapat banyak feedback yang baik dari waris dengan perubahan yang berlaku pada anak-anak mereka. Siap request lagi untuk adakan lagi program macam nie untuk tahun depan. ^_^ InsyaAllah. Sekiranya diberi keizinan lagi, program seperti ini akan diadakan lagi.

Terima kasih juga kepada catering kami iaitu Restoran Kemelon, jiran Yayasan Nusrah kerana menyediakan makanan pagi dan tengah hari untuk kami sepanjang program berlangsung, dan terima kasih juga yang memberi sumbangan samaada secara langsung atau tidak langsung. Alhamdulillah, rezeki para peserta sangat melimpah ruah yang datang tak disangka-sangka (pakat tambah berat badan…hehe ^_^).

Syukur Alhamdulillah. Semoga ketemu lagi ^_^

Program Cuti Sekolah : Penjagaan Harian AL-IRSYAD

12243455_1041653812531635_4488708237904077342_nProgram Cuti Sekolah iaitu Penjagaan Harian Al-Irsyad yang pertama kali dianjurkan oleh Yayasan Nusrah (YN) pada tahun ini. Program ini diadakan selama 5 minggu bermula 22/11/15 sehingga 24/12/15 pada setiap ahad hingga khamis (bermula jam 7.30 pagi hingga 6.00 ptg) sahaja khusus pada kanak-kanak berumur 6 tahun sehingga 12 tahun. Program ini diadakan secara tak langsung dan dengan keizinan Allah SWT diadakan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak pada musim cuti sekolah dengan pengisian yang mendekatkan anak-anak dengan mengenal Allah SWT lebih dekat dan membimbing mereka untuk solat dengan betul dan memahami setiap bacaan solat.

Antara program yang disediakan antaranya:
a) pembetulan dan pemahaman bacaan solat dan surah-surah lazim dalam solat
b) zikir ringkas dan doa asas
c) kaedah hafazan efektif
d) asas fardhu ain (teori & praktikal)
e) aktiviti riadah, game dan kemahiran
f) Bahasa Arab Perkata
g) Pendekatan Asmaul Husna

Alhamdulillah sudah masuk dua minggu program ini berlangsung. Sesiapa yang berminat untuk hantar, kami masih membuka ruang untuk anak-anak anda. Bayaran boleh dibincangkan dengan pihak kami . Untuk maklumat lanjut boleh menghubungi Cik Syuhadah – 011-27578176.

Post by admin =)

Yayasan Nusrah Kembali

Assalamu’alaikum semua ^_^

Agak lama entri YN menyepi dek sibuk dengan urusan duniawi. InsyaAllah YN akan kembali dengan pelbagai cerita dan maklumat baru. Bermulanya bulan November 2015 sampai penghujung Disember 2015, banyak aktiviti disediakan oleh YN antaranya adalah program PENJAGAAN HARIAN AL-IRSYAD dan BENGKEL IRSYAD DIRI. Alhamdulillah, suatu permulaan yang baik bagi YN.

Kepada sahabat-sahabat YN yang selalu mengikut perkembangan YN bolehlah mula untuk melibatkan diri dengan kami disini sebagai sukarelawan yayasan dengan syarat mestilah menjadi peserta BENGKEL IRSYAD terlebih dahulu. Untuk maklumat lanjut bolehlah menghubungi saya melalui whatsapp @ telegram 011-27578176  (cik Syuhadah).

By New Admin =)