Monthly Archives: February 2015

Rumah Kecil

17 Jan 2015-

Beberapa gambaran (yang ada modifikasi) yang boleh dikongsikan kepada bakal penderma untuk sementara waktu.

Modifikasi pelan: hanya satu tingkap, bumbungnya lurus buka A frame.

Frame alloy-dan bukan kayu. Mungkin kosong-tiada awning di bahagian antara dinding dan bumbung.

Kita tidak menamakan rumah kecil kita rumah sementara, kerana binaannya kukuh tahan lama. Kita namakannya rumah bantumula (starter house) kerana ia boleh ditambah atau disambungkan kelak ke rumah baru seandainya penghuni mendapat rezeki rumah baru.

10 9 8 11

Rumah Kecil

17 Jan 2015 –

Sahabat aktivis dan penderma dari luar Kelantan akan bergabung dengan sahabat aktivis tempatan di Kelantan untuk membantu satu demi satu keluarga yang dhaif untuk membina kembali kehidupan selepas terkesan dengan banjir 2014.

Aktivis terdiri dari penderma, penjejak dana, ahli komitee tempatan RKTS, ahli komitee penjejak dana, team teknikal, dan jong rumah@pengurus tapak.

Rumah kecil ini berfungsi sebagai tempat perlindungan sementara yang lebih selesa dari khemah; namun bahan dan rekabentuk membolehkan rumah ini digunakan jangka panjang sebagai sebahagian dari rumah baru kelak, atau rumah kedua untuk kegunaan anak bujang, anak menantu atau setor yang bermanafaat.

Projek dangau @ sahabat nusrah sahabat kelantan@rumah rakyat @???

January 14, 2015 at 1:28am –

Sahabat yang sudah mengenali saya: ini perbincangan tidak formal sebelum kita keluarkan kempen yang formal.

Setelah saya di Kelantan 9 hari, melihat perubahan, sukarelawan, penduduk yang kebanjiran- perubahan keperluan dari makanan dan air bersih, kepada bilis dan kurma, kepada lilin dan tuala, kepada dapur gas- maka tinggal satu keperluan yang seperti tidak berani ditangani oleh sesiapa pun kerana skalanya terlalu besar dan kosnya terlalu mahal- perumahan.

Continue reading